Satu hakikat yang perlu di terima ialah bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: daripada keturunan sayid. Kedua duanya datang dari Yaman dan mempunyai nasab dengan Rasulullah SAW.
Bagi penduduk asal kampung kampung
Batu Buruk, Bukit Besar, Kg Padang, Gelong Bilal, Bukit Bayas, Bukit Jenal,
Gelong Gajah, Kg Masjid Hj Kadir, Bukit Depu, Gong Penaga, Gong Gemia dan jalan
jalan Pasir Panjang, Gong Tok Nasek, Panji Alam Pak Maseh, perbincangan tentang
dua tokoh yang di panggil Tuan Guru Haji Abdul Kadir Pasir Panjang di
Bukit Bayas dan di Kampung Masjid adalah perbincangan tentang zaman
kesatuan orang Islam di bawah kesultanan Melayu sebelum kedatangan penjajah.
Zaman ini adalah zaman yang bersih daripada sebarang pencemaran pemikiran
barat.Pada masa itu aliran pemikiran yang berbagai bagai seperti mana yang
boleh kita lihat pada cucu cicitnya hari ini belum wujud lagi. Ini kerana
perbincangan tentang mereka berdua samada Tuan Guru As Syeikh Haji
Kadir Bukit Bayas atau haji Kadir Kg Masjid ini, bererti kita
kembali ke zaman dimana pengaruh Amerika dan kuasa kuasa kufur belum wujud lagi
di Terengganu .
ADAKAH HAJI KADIR KG MASJID ADALAH
SYEIKH WAN ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Memang terdapat di kalangan cicit cuit mereka di
hari ini yang keliru adakah kedua duanya adalah orang yang sama atau tidak?
Mereka menjadi keliru kerana kedua dua tokoh ini datang dari Patani dan
mempunyai hubungan dengan istana.mendapat tanah kurnia dari Sultan di sekitar
Bukit Besar.
Namun begitu, yang jelas nyata
kepada rata rata orang yang mengkaji sejarah ulama Terengganu memberikan
jawapan bahawa mereka berdua adalah orang yang berbeza. Ini kerana:
1) Syeikh
Abdul Kadir al Bukit Bayas adalah bin Abdul Rahim manakala Hj Abdul Kadir Kg
Masjid pula adalah bin Abdullah.
2) Kubur
Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas terletak di dalam pagar semin di
tanah Perkuburan Bukit Bayas yang terletak di selekoh jalan bukit bayas
manakala kubur Hj Kadir Kg Masjid terletak berhampiran pokok tembesu yang telah
mati di Tanah Perkuburan Besar Pasir Panjang.
3) Masjid
Kg Bukit Bayas yang terbina lebih awal dari masjid Kg Masjid dan mempunyai seni
yang lebih tinggi dan halus.
Menurut Ayah Ngah Ustaz Ahmad Awang pula menjelaskan zaman Syeikh Kadir al Bukit Bayas dengan zaman Hj Kadir Kg Masjid adalah seperti zaman ayah dengan anak atau zaman datuk dengan cucu. Ini kerana Syeikh kadir Bukit Bayas di katakan meninggal pada 1867 manakala istana Sultan Umar yang terbakar yang mana kayu kayunya akhirnya di serahkan kepada Hj Kadir Kg Masjid adalah 1870.
Saya bawakan contoh mereka adalah orang yang
berbeza adalah:
Dikatakan bahawa Pak Ngah Amad ( Ahmad bin Hj Kader Kg Masjid ) berkahwin dengan Tok Mak Ngah Kg Padang ( Asiah Binti Pak Mat Ketam Kg Alur ) adalah cucu Syeikh Kadir al Bukit Bayas. Asiah yang lebih di kenali di kalangan anak cucunya dengan panggilan Tok Mak Ngah Kg Padang ini adalah anak Wan Khadijah bin Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas.
Demikianlah dikatakan juga Khatib dan Bilal
Taib Bin Mahmud.Bapanya lebih dikenali sebagai Che Mahmud Duyung
adalah cucu Syeikh Kadir Bukit Bayas ( yang ada banyak tanah di duyung)
manakala Isteri Che Mahmud adalah Mak Su anak Haji Kader Kg Masjid.
SYEIKH HAJI ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Menurut kajian ahli sejarah, Syeikh
Haji Wan Abdul Kadir Bukit Bayas telah berpindah dari Patani ke Terengganu pada
tahun 1824 dalam umur yang di bawah lingkungan 30 tahun. Walaupun latar
belakangnya di Patani setakat ini agak kabur, tetapi boleh di percayai ia
datang dari keluarga yang kuat beragama. Ini kerana penerimaannya sebagai ulama
oleh masyarakat Terengganudi katakan kerana peranan yang tel di taburkan
dalam masyarakat Patani sebelum datang ke Terengganu.Faktoryang mendesaknya
kepada penghijrahan ke Terengganu adalah kerana serangan Siam keatas
Patani(1823). Akibat ketewasan Patani, ramai pejuang pejuang Patani yang turun ke
Terengganu secara berperingkat peringkat.Oleh kerana mereka datang melalui
jalan laut, sebahagian besar mereka membuka penempatan awal di pesisiran pantai
Terengganu seperti Besut, Batu Buruk, Rusila, Dungun dan sebagainya lagi dan
lama kelamaan setelah mendapat pengiktirafan masyarakat, mereka masuk ke
pendalaman. Di katakan ia datang bersama beberapa sahabtnya melalui jalan
laut.Terengganu menjadi pilihan mereka kerana kedudukannya yang lebih stabil
dari Kelantan yang seringkali terhimpit oleh Siam.
Ini bererti zaman
kedatangannya ke Terengganu adalah zaman penyerahan Semenjung Tanah
Melayu oleh Belanda kepada British. Namun begitu, perjanjian yang di buat
oleh kedua dua syaitan Barat di England ini memang berlaku secara rahsia
dan tanpa di sedari oleh sesiapapun di Alam Melayu lebih lebih lagi di
Terengganu. Perjanjian ini hanyalah di sedari kesannya pertamanya oleh
pembesar pembesar Johor dan Pahang lima puluh tahun selepas itu, Maka Zaman tua
Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas adalah zaman permulaan yang sangat awal
bagi penjajahan British. Pada masa itu, walaupun Pahang yang di perintah
oleh Sultan Ahmad,mertua Sultan Zainal abidin III telah di ganggu ke tangan
British, tetapi pemerintahan Islam di Terengganu amat kuat sehingga
hal ehwal pentadbirannya masih di rujuk kepada alim ulama.
Zaman Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas
adalah zaman pengukuhan ilmu Islam dalam masyarakat Islam Terengganu. Itulah
sebabnya , sebagai pejuang Islam Patani, Syeikh Haji Abdul Kadir Bukit Bayas
bukan sahaja menjadi pengasas pondok Kampung Bukit Bayas yang di bukanya pada
tahun 1832 malahan juga diberi kepercayaan menjadi guru kepada Sultan Sultan
Daud(1830 1831) Sultan Mansur( 1831 1837) Sultan Muhammad ( 1837 1839)
lebih lebih lagi Sultan Umar yang memerintah dari tahun (1839 1877). Di
antara murid muridnya adalah Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung
Menurut catatan lagi, Syeikh Wan
Abdul Kadir Bukit Bayas berhijrah bersama rakannya Tok Duyung ( Haji Wan
Abdullah bin Wan Mohammad Amin) membuka pondok di Duyung Kechil pada tahun
1840an
ANAK DAN ISTERI
Dikatakan beliau mempunyai seorang
isteri yang di bawa dari Siam, setibanya ke Terengganu, beliau pula dengan
seorang perempuan Bukit Bayas sebelum berkahwin seorang lagi dengan seorang
perempuan di Duyung.Beliau mempunyai anak yang ramai. Di katakania mempunyai
lebih dari 25 orang anak.
Dikatakan juga bahawa pada
permulaannya tiba ke Terengganu, beliau telah berniaga garam.
MURID MURID BELIAU
Dalam tempoh yang lama mengajar di
Terengganu termasuk di istana dan kampung kediamannya di Bukit Bayas,beliau
mempunyai ramai murid yang bertebaran di seluruh Alam Melayu. Di samping Sultan
Zainal Abidin III sendiri, antara yang lain ialah Sayyid Ahmad Zainal Abidin(
Tok Ku Tuan Besar yang di panggil sebagai Syeikhul Ulama), anaknya Sayyid Abdul
Rahman(Tok Ku Paloh), Haji Abdul Rahman Limbung, Tuan Besar Paduka Indra dan
Tok Kenali.
Beliau,sebagaimana juga Ulama
Terengganu tersohor sebelumnya, Syeikh Abdul Malek(Tok Ku Pulau Manis) adalah
pengamal Tarikat Satoriyyah yang di ambil susur galurnya dari Ulama Acheh,
Syeikh Abdul Rauf Singkel yang mengambil dari gurunya Hamzah Fansuri.
MENINGGAL
Ahli sejarah mencatatkan bahawa
Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas meninggal pada tahun 1967
TUAN GURU HAJI ABDUL KADIR KG MASJID
Di katakan bahawa Haji Abdul Kadir
bin Haji Abdullah tiba ke Terengganu pada zaman Sultan Zainal Abidin III.
Di zaman Sultan Umar dan anaknya
Sultan Zainal Abidin III inilah, Alam Melayu diluar Terengganu telah menghadapi
campurtangan penjajahan British. Bukan sahaja Johor,Pahang, Perak malahan juga
Kerajaan Melayu Islam Berunai rebah dalam belitan peniaga James Brook. Namun
begitu, kerajaan Terengganu, berkat gabungan UlamaUlama yang ikhlas pada agama,
dalam mempertahankan Islam sebagai aqidah dan perundangan negeri, telah
menggubal satu undang undang tubuh bagi Kerajaan Negeri Terengganu.
Perlembagaan yang meletakkan Al Quran Hadis Ijma dan Qias ini sebagai sumber
perundangan ini di beri nama itqanul muluk fi tadbiris suluk. Syed
Abdul Rahman Al Idrus, Syeikhul Islam bagi kerajaan Negeri Terengganu yang di
panggil Tok Ku Paloh telah menghimpunkan alim ulama di zamannya bagi
menerangkan tentang betapa perlunya perundangan Islam di pertahankan di
Terengganu. Di zaman Sultan Zainal Abidin inilah, campur tangan British
di Terengganu telah bermula, dengan menyaksikan penentangan murid
murid Tok Syeikh Hj Kadir bukit bayas tadi terhadap undang undang
yang di bawa masuk oleh British. Bermula dari penentangan secara diplomasi dan
pentadbiran di bawah pimpinan Tok Ku Paluh , bapa angkat Haji kadir Kg Masjid
sendiri,murid murid dan rakan rakannya . Yang paling besar nya ialah
pemberontakan tani secara bersenjata oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung,
.Beliau adalah murid kepada Syeikh Hj Kadir Bukit Bayas keadaan keadaan ini
amat berbeza sekali adalah di antara kenalan Hj Kadir Kg Masjid
Baginda Sultan Zainal Abidin ke3
juga telah menulis surat kepada alim ulama agar sentiasa melakukan sembahyang
hajat seboleh bolehnya setiap kali selepas solat fardhu agar Terengganu
di selamatkan daripada gangguan penjajahan British. Maka berkat doa alim ulama,
British tidak berjaya masuk Terengganu dan hal ini berlaku sepanjang
pemerintahannya sehinggalah beliau mangkat, maka tidak heranlah ramai
ulama termasuk Hj Kader Kg Masjid sendiri yang terus melakukan sembahyang
hajat di zaman sultan Sulaiman agar Allah terus memelihara Terengganu dan
menolong penentang penentang British yang di pimpin oleh orang orang seperti Hj
Abdul Rahman Limbung yang merupakan kawan kawannya sendiri. Menurut Haji Ali
Bin Taib, beberapa orang murid haji Kadir Kampung Masjid telah menghadiri hari
perhimpunan membantah penahanan Haji Abdul Rahman Limbung.
KEILMUAN
Pada abad ke 18, Patani telah
menggantikan Acheh dalam memainkan peranan sebagai gedung ilmu Islam kepada
seluruh penduduk di Nusantara Melayu.Warisan keilmuan Islam yang ada di aceh
telah berpindah ke Patani.Hubungan Patani dengan Mekah dan Daulah Uthmaniyya di
Turki begitu erat sekali.Ulama ulama terbilang seperti Syeikh Daud bin Abdullah
dan Syeikh Ahmad bin Zain Al Fatani yang menghasilkan pelbagai kitab dalam
segala bidangnya telah menjadi julukan serantau pada zaman tersebut. Sultan
Sultan telah memperkenankan serta mengeluarkan belanja yang besar dalam usaha
menjadikan karya karya mereka sebagai teks pembelajaran di pondok pondok dan
masjid surau.
Berdasarkan beberapa kitab kitab
yang di miliki Tuan Guru Haji Abdul Kadir Kg Masjid yang masih sempat saya
saksikan sudah cukup untuk membuktikan kewibawaan mereka yang tinggi
dalam ilmu Islam, bukanlah sekadar mengajarkan fardhu ain kepada kampung yang
pada masa itu di panggil sebagai orang darat, malahan mereka secara langsung
atau tidak telah memastikan perlaksaan ilmu tersebut dihayati dalam masyarakat
sebagai melindungi Islam daripada di cabuli oleh penjajah
Dikatakan ketika Haji Kadir Kg
Masjid mula tiba ke Terengganu, Tok Ku Paluh telah menjadikannya sebagai
seorang anak angkat Tok Ku Paluh. Dengan pertolongan Tok Ku Paluhlah, ia telah
di hantar ke Mekah untuk memperdalami ilmu agama di sana. Beliau ke sana dengan
menaiki kapal layar selama enam bulan. Setelah 7 tahun menuntut di sana dengan
ulama ulama besar di sana, ia pulang dan membuka kampung Masjid.Saya sempat
melihat beberapa kitab termasuk iqna yang menjadi milik Haji Kader tersebutdi
rumah nenek saya semasa masih kanak kanak dulu.
Mekah tempat Haji Kadir menimba ilmu
adalah berada di bawah pemerintahan keluarga syarif ahlil bait Al `Adawi
yang bermazhab Maliki sekarang ini telah di ambil alih oleh keluarga
Saud. Pada waktu itu, ia terletak di bawah naungan Empayar Islam
Utmaniyyah
LATAR BELAKANG
Haji Kadir bin Abdullah ini di
katakan berasal dari Kampung Telaga Tujuh di Patani.Menurut Ayah Ngah (Ustaz
Haji Ahmad Awang) , Haji Kadir mempunyai darah Yaman ini datang ke
Terengganu dalam usia yang muda atas jemputan bapa saudaranya Ibrahim. Ibrahim
ini datang dari Patani sewaktu Perang Petani Siam.Ada pendapat yang berkata
Haji Kadir datang bersama 3 adik beradiknya yang lain. Seorang menetap di
Paloh, seorang lagi menetap di Pulau Manis manakala seorang lagi menetap di
Manir.Ada pula pendapat yang berkata ia datang dengan beberapa kawan kawannya
termasuk Haji Mad Shafie Losong.
Memang ada pendapat yang mendakwa
bahawa Tuan Guru Hj Kader Kg Masjid adalah merupakan salah seorang dari anak
cucu Syeikh Ahmad Al Yamani yang sangat terkenal kerana telah melahirkan
anak cucu yang menjadi ulama ulama yang bertebaran menyebarkan dakwah di
seluruh alam nusantara termasuk Aceh, Pantai Remis,Patani, Singapura, Kelantan,
Terengganu dan sebagainya lagi, tetapi saya belum berani lagi menyokong dakwaan
ini,
Mereka yang mendakwa begitu berkata bahawa memang
terdapat anak cucu Syeikh Ahmad Al Yamani yang berhijrah ke Patani
menetap di Kampung Telaga Tujuh, Kampung asal Haji Kader di Petani, sebelum
datang ke terengganu, tetapi saya masih mencari hujah yang lebih kuat lagi
terlebih dahulu sebelum menyetujui pendapat tersebut.
Memanglah rata rata orang orang tua yang sempat dengannya mengakui bahawa Hj Kader yang berbadan kecil itu memang mempunyai susuk tubuh orang yaman.ini kerana ia sendiri adalah berasal dari yaman. Us Ahmad Awang berkata dari Yaman keturunannya berhijrah ke India beberapa ketika sebelum turun ke Patani.
Pendapat yang mendakwa Hj Kader berketurunan
Syeikh Ahmad Al Yamani menambah lagi dengan berkata bahawa ia datang ke
Terengganu bersama Hj Mat Shafie Losong. memang sudah di akui hari ini bahawa
Hj Mad Shafie Losong itu adalah keturunan Syeikh Ahmad Al Yamani, tetapi
soalnya adakah Hj Kader mempunyai hubungan waris dengan Hj Mad Shafei Losong
sehinggakan mereka datang ke Terengganu bersama sama??
PEMBUKAAN KAMPUNG MASJID
Pada zaman lampau, kawasan Bukit Besar dan segala jajahannya di panggil dengan nama (Kampung Darat). Ia di kira sebagai ladang tanaman Sultan Omar. Baginda telah memerintahkan beberapa orang menjaga kawasan tersebut.
Pembinaan masjid tersebut bermula
sejurus setelah tamat Perang Saudara di Pahang yang di panggil juga dalam buku
sejarah sebagai Perang Bendahara Pahang( 1857-63) . Menurut cerita Khatib Taib
bin Mahmud sepertimana yang pernah di siarkan oleh Utusan Melayu pada awal
tahun 90an yang lalu, kayu-kayu asal bangunan Masjid Haji Kader yang masih
lagi dapat di lihat pada bahagian ibu masjid tersebut adalah
merupakan sisa istana sultan Umar yang terbakar hangus. Kayu-kayu ini di bawa
melalui kereta lembu. Menurut catatan sejarah Terengganu, istana itu terbakar
kerana di bedil oleh dua armada laut H.M.S.Scout dan H.M.S. Coqutte yang
di hantar oleh Major General Sir Orfeur Cavenagh (1820-1891), Gabenor
Negeri-Negeri Selat ( bertugas 1859M-1867M) kerana Sultan Umar melindungi
Sultan Mahmud Lingga,penentang Inggeris yang datang bernaung di negerinya .
Bedilan ke atas Bandar Kuala Terengganu ini berlaku pada pada 8 dan 9 November
1862. Banyak bangunan di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang hangus dan akhbar
Singapore Press melapurkan hampir 20 orang telah terbunuh dalam serangan dua
hari itu.
Menurut cerita Abdul Rahman Bin
Ali(arwah), armada tersebut tidak berani berada lama di Terengganu kerana takut
di musnahkan setelah melihat kekeramatan Syeikul Islam Negeri Terengganu yang
jawatannya pada hari ini setaraf dengan jawatan Menteri Besar) . Setelah diberi
amaran,mereka terus berangkat balik ke Singapura.
Menurut cerita banyak pihak Sultan
tersebut telah berniat sekiranya api tersebut padam dari menjilat istananya, ia
akan menyerahkan sisasisa kayu yang terpilih itu pada jalan meninggikan agama
Allah. Dengan serta merta, api menjadi padam. Maka ia telah mencari dan
menyerahkan kayukayu tersebut kepada orang yang ingin membina masjid iaitu anak
angkat tok ku paluh tersebut.Maka penduduk yang dahagakan agama di kampung
tersebut telah bersatu mengembelingkan tenaga untuk membina masjid di situ
termasuk seorang bapa saudara dan sepupu Hj kader sendiri yang bernama Haji
Ibrahim. Kayu kayu tersebut di punggah dengan menggunakan kereta
lembu oleh Ayah Pak Su Aji.
Semenjak dari tarikh tersebut , kawasan sekitarnya menjadi saksi terbinanya banyak pondok=pondok pengajian yang di diami oleh pelajar pelajar agama yang datang dari dekat dan jauh. Menurut Pak Ngah Ali( Hj Ali Bin Taib=arwah) terdapat juga pelajar dari Indonesia dan Sulawesi yang belajar secara pondok dengan tuan guru
RUPA DAN BENTUK WAJAH
Menurut Pak Ngah ( masih hidup dalam
usia lebih 100 tahun menetap di belakang Masjid Sulung Kuala Ibai) adik
Arwah Ayah Jim berkata, rupa Haji Kadir mempunyai banyak kesamaan
dengan anaknya Pak Den Da. Tapak rumahnya adalah berdekatan dengan rumah Mak
Tunggal.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Sejarah Terengganu mencatatkan
bahawa ketiga tiga Sultan Zainal Abidin yang memerintah Terengganu mempunyai
darah Patani.
Dalam abad ke 19 20 itu, Istana
Terengganu mempunyai hubungan yang rapat dengan umat Islam di Patani.
Kajian menunjukkan bahawa setelah Siam menyerang Patani, maka untuk mengedurkan
kebencian dan dendam Siam kepada Patani,Sultan Zainal Abidin mengambil langkah
untuk menghantar bunga emas kepada kerajaan Siam. Walaupun penghantaran Bunga
Emas ini di salah ertikan oleh kerajaan Siam dan Inggeris, dengan menyatakan
itu adalah ufti yang di bayar oleh Terengganu bererti Terengganu berada di
bawah jajahan Siam, tetapi hal ini telah di pertegaskan berkali kali oleh
Sultan Zainal Abidin kepada Siam dan Inggeris bahawa Terengganu, negeri yang
menjadi tempat persinggahan pejuang pejuang Islam Patani adalah sebuah
negeri yang bebas merdeka. Penghantaran bunga emas tersebut adalah sebagai
tanda persahabatan semata mata.
Maka, bilamana sisa sisa istana
Sultan Umar di serahkan kepada Haji Abdul Kadir yang berasal dari Patani, ini
sudah cukup untuk menunjukkan hubungannya yang sangat baik dengan pihak istana.
Apatah lagi, ia merupakan seorang anak angkat Tok Ku Paluh orang besar istana.
Menurut Arwah Haji Ali Bin Taib(arwah Pak Ngah
Ali), ia sendiri pernah di bawa bersama oleh Hj Kadir berjalan kaki ke
istana kerana Sultan Sulaiman mahu bertanyakan hukum membuat jalan di
atas tanah perkuburan. Jalan yang di maksudkan itu ialah jalan Pusara sekarang.
Haji Kadir yang pada masa itu telah tua dan banyak uzur, dalam
perbincangan dengan Sultan itu, telah membawakan kitab rujukan yang menyebutkan
larangan membuat bangunan di atas tanah perkuburan. Beliau menyokong
pendapat ulama yang menyatakan tidak boleh membuat binaan kerana kawasan lain
masih luas untuk di manfaatkan. Dalam perjalanan pulang , Pak Ngah Ali ini
mendengar sungutan datuknya Haji Kadir bahawa setelah kemasukan campur tangan
orang putih laknatullah, segala galanya telah berubah
Haji Kadir sendiri tidak perlu bertanam padi pada musim menanam padi.setiap tahun padinya akan di usahakan oleh orang lain. Dia hanyalah menerima hasil sahaja.
ISTERI DAN ANAK
Dikatakan Haji Kadir mempunyai lima isteri. Yang paling jelas ialah isterinya yang
terakhir adalah Umi Kelsom seorang anak orang alim yang kaya raya di Sungai
Derhaka.Masjid tersebut mengambil masa setahun untuk di siapkan.
Hasil perkahwinan dengan isteri
terakhirnya Tok Som ini, ia memperolehi 7 orang anak. 1) Pak Den Da(Abdullah)
2) Pak De Muar (Ali) 3) Mak Cik Wook4) Tok Ki Pak Ngah Amad(Ahmad), 5)Su
Mak Pak Yeb, 6) Mak Che Cah Pak Wel Tok Bilal 7) Mak We
Selepas kematian TYuan Guru
haji Kadir, pengendalian masjid banyak dikendalikan oleh anaknya
Ahmad(Tok Ki Pak Ngah Amad) dan di bantu oleh anak beranak yang lain.Pak Ngah (
adik Ayah Jim ) mengakui kawannya, Tok Ki Pak Ngah Ahmad ini, walaupun matanya
cacat, seorang yang sangat pintar dan alim terutamanya dalam bidang Al
Quran. Beberapa kali Ustaz Haji Mad Litar, guru Al Quran yang terkenal di
seluruh Terengganu datang bertanyakan hokum Al Quran ini kepadanya.
MENINGGAL
Menurut Angah Mat(Ustaz Hj Ahmad Awang) Tuan Guru meninggal pada tahun lahirnya Us Mohammad Ibrahim( Us mad Munah =arwah). Iaitu tahun 1930 dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.Manakala Tok Ki Pak Ngah Amad meninggal pada tahun di lahirkan Awang Na Mak Hindun (1962).Kesemuanya sudah arwah.
Menurut Angah Mat(Ustaz Hj Ahmad Awang) Tuan Guru meninggal pada tahun lahirnya Us Mohammad Ibrahim( Us mad Munah =arwah). Iaitu tahun 1930 dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.Manakala Tok Ki Pak Ngah Amad meninggal pada tahun di lahirkan Awang Na Mak Hindun (1962).Kesemuanya sudah arwah.
sumber : shiekh hanafi