Powered By Blogger

Selasa, 24 Disember 2013

MAKBULNYA DOA SEORANG YANG DIZALIMI



Pada zaman dahulu, ada seorang nelayan mengail ikan, dan mendapat seekor ikan, lalu datang seorang pemuda yang gagah, terus merampas ikan itu daripada nelayan tadi, bukan sahaja ikan itu dirampas, pemuda itu memukul nelayan tersebut, setelah teruk dipukul oleh pemuda yang gagah itu, nelayan itu berdoa kepada Allah " Ya tuhanku, telah engkau jadikan aku orang yang lemah dan engkau jadikan dia orang yang kuat, sehingga dia menganiayai ku, maka ciptakanlah satu makhluk engkau yang lain yang akan mengalahkannya, agar menjadi pengajaran bagi kaum muslimin",
   Setelah pemuda itu pulang kerumahnya, dia terus memanggang ikan yang dirampas itu, apabila masak ikan itu, ketika dia hendak makan, tangannya telah tercucuk tulang ikan tadi, lalu bisa ikan itu telah merebak pada tangannya, kerana kesakitan yang amat sangat, dia telah memotong pergelangan tanganya, bisa itu terus bejangkit, sahingga sampai ke lengannya, dia terus memotong lenganya, selepas itu, dia pun tertidur, dalam tidurnya, dia telah bermimpi berjumpa dengan seseorang, orang itu berkata kepadanya, "sekiranya engkau ingan tangan engkau itu sembuh, pulangkan ikan yang telah engkau rampas itu  kepada tuannya",apabila dia terkejut daripada tidur, dia terus pergi bejumpa dengan nelayan itu dengan membawa wang sebanyak sepuluh ribu dirham, diberinya wang tersebut kepada nelayan itu dan dia meminta halal apa yang telah dilakukan kepada nelayan tersebut, tatkala nelayan itu menghalalkannya, maka jatuhlah kuman-kuman yang ada pada tanganya, akhirnya tangannya sembuh dengan izin Allah. 

3 ORANG YANG ALLAH MAKBUL DOANYA
1. doa orang musafir
2. doa seorang ibu kepada anaknya
3. doa orang yang kena zalim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan