Powered By Blogger

Isnin, 7 Januari 2019

Ahad, 6 Januari 2019

GEMPAR!!! MAYAT BERUBAH MENJADI BABI



Tiba-tiba mayat itu berubah menjadi babi.....

Terkejut orang yang hadir ......
Suatu hari, rasulullah dan para sahabat berada didalam masjid, tiba-tiba datang seorang pemuda dalam keadaan menangis.
Rasulullah pun bertanya kepada pemuda itu, mengapa beliau menangis ???
Pemuda itu menjawab “ ya rasulullah, ayahku telah meninggal dunia, aku tidak ada kafan untuknya dan tidak ada orang hendak memandikan jenazahnya”.
Lalu rasulullah pun menyuruh saidina Abu bakar dan saidina Umar pergi ke rumah pemuda tadi.
Apabila sampai dirumah pemuda tadi, terkejut saidina Abu bakar dan saidina Umar kerana melihat mayat ayah budak tadi berubah menjadi seekor babi yang berwarna hitam.
Saidina Umar dan saidina Abu bakar balik semula bertemu dengan Rasulullah.
Mereka memberitahu kepada Rasulullah.
Lalu Rasullah pun pergi ke rumah pemuda tersebut, Rasulullah pun berdoa kepada Allah, dengan berkat doa Rasulullah, Allah telah mengubah mayat ayah pemuda tadi menjadi manusia.
Lalu sahabat pun menguruskan mayat tadi.
Apabila mayat itu di bawa ke kubur, ketika hendak di tanam, sekali lagi mayat itu berubah menjadi babi.
Rasullullah pun bertanya kepada pemuda itu, apakah amalan yang dilakukan oleh ayahnya sehingga Allah mengubah ayahnya menjadi babi.
Jawab pemuda tadi “ ya Rasulullah, sesungguhnya ayah aku, ketika hidupnya, dia suka meninggalkan sembahyang”.
Rasulullah pun bersabda kepada para sahabat “ wahai sahabatku, kamu lihatlah kelakuan orang yang meninggalkan sembahyang, pada hari qiamat, Allah akan bangkitkan dalam keadaan menjadi babi yang hitam, kami mintak berlindung dengan Allah”

Selasa, 1 Januari 2019

JANGAN SUSAHKAN IBU BAPA KITA YANG TELAH MATI



Mungkin kita menyangkakan, apabila ibu bapa kita sudah meninggal dunia, mereka sudah tidak menghiraukan kita yang masih hidup, sebenarnya sengkaan kita itu tidak tepat, kerana ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa ruh ibu bapa kita yang sudah lama meninggal dunia akan bertanyakan kepada orang yang baru meninggal dunia tentang hal keluarganya.

Dalam satu riwayat disebut bahawa orang-orang yang telah mati akan bertanyakan tentang keluarganya kepada roh yang baru datang kepada mereka,
Mereka akan bertanya “ Apa yang dikerjakan oleh fulan???
Adakah fulan sudah menikah???....dan sebagainya.

Ruh ibu bapa kita akan merasa senang dan gembira sekiranya mereka dapat perkhabaran dari roh orang yang baru meninggal tentang anak-anak mereka hidup dalam keta’atan kepada Allah,

Apabila ibu bapa kita mendapat perkhabaran dari ruh orang yang baru meninggal, bahawa anak-anak mereka hidup dalam maksiat kepada Allah, maka mereka akan susah dan Bersedih.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGGEMBIRAKAN ARWAH IBU BAPA KITA DENGAN KITA MELAKUKAN KETA’ATAN KEPADA ALLAH.

JANGANLAH KITA SEDIHKAN ARWAH IBU BAPA KITA DENGAN KITA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH.