Selasa, 1 Januari 2019
JANGAN SUSAHKAN IBU BAPA KITA YANG TELAH MATI
Mungkin kita menyangkakan, apabila ibu bapa kita sudah meninggal dunia, mereka sudah tidak menghiraukan kita yang masih hidup, sebenarnya sengkaan kita itu tidak tepat, kerana ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa ruh ibu bapa kita yang sudah lama meninggal dunia akan bertanyakan kepada orang yang baru meninggal dunia tentang hal keluarganya.
Dalam satu riwayat disebut bahawa orang-orang yang telah mati akan bertanyakan tentang keluarganya kepada roh yang baru datang kepada mereka,
Mereka akan bertanya “ Apa yang dikerjakan oleh fulan???
Adakah fulan sudah menikah???....dan sebagainya.
Ruh ibu bapa kita akan merasa senang dan gembira sekiranya mereka dapat perkhabaran dari roh orang yang baru meninggal tentang anak-anak mereka hidup dalam keta’atan kepada Allah,
Apabila ibu bapa kita mendapat perkhabaran dari ruh orang yang baru meninggal, bahawa anak-anak mereka hidup dalam maksiat kepada Allah, maka mereka akan susah dan Bersedih.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGGEMBIRAKAN ARWAH IBU BAPA KITA DENGAN KITA MELAKUKAN KETA’ATAN KEPADA ALLAH.
JANGANLAH KITA SEDIHKAN ARWAH IBU BAPA KITA DENGAN KITA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan