Powered By Blogger

Khamis, 24 Oktober 2013

GANJARAN SOLAT JUMAAT


Diriwayatkan dalam sebuah khabar :
Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah menara dari bahan perak putih di samping Baitul Makmur, yang tingginya 500 tahun perjalanan.
Apabila tiba hari jumaat, maka Malaikat Jibrail a.s naik ke atas menara itu lalu azan, malaikat Israfil a.s naik ke atas mimbar lalu berkhutbahlah dan malaikat Mikail a.s mengimani para malaikat.
Apabila mereka telah selesai dari mengerjakan solat, maka malaikat Jibrail a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dengan sebab azan ini aku hadiahkan kepada semua orang yang menyeru orang-orang mukmin dari umat Muhammad s.a.w di permukaan bumi."
Malaikat Israfil a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dari khutbah ini, aku hadiahkan kepada semua khatib dari permukaan bumi dari umat Muhammmad s.a.w "
Dan malaikat Mikail a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dari imamah ini, aku hadiahkan kepada semua orang yang mengerjakan solat Jumaat berjamaah di belakang imam "
Maka Allah Taala berfirman " Hai para malaikatku, apakah kamu semua menampakkan kedermawananmu kepada Ku ? Demi keperkasaan  Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya pada hari ini ( Jumaat ) aku telah mengampuni para hambaKu yang mengerjakan solat jumaat kerana ketaatannya kepada Ku dan kerana mengikut jejak kekasihku Muhammad."

                                                                                                            rujukan : Zubdatul Wa'izhin






KERANA MELUKAI HATI SEORANG IBU


Pada zaman pemerintahan saidina Umar Al-khatab ra. ada seorang pedagang lelaki ,...pada suatu hari ibunya datang untuk meminta sesuatu kepadanya, lalu isteri anaknya berkata " ibu kamu ini ingin melihat kita miskin,, hari-hari datang meminta ".....apabila mendengar isteri anaknya berkata begitu., ibunya menagis.. lalu terus pulang kerumahnya tanpa membawa sesuatu yang diminta daripada anaknya....pada suatu hari, anaknya pergi berniaga barang dagangannya, tiba-tiba ada perompak menyerangnya... perompak itu telah memotong (melukai) tangannya dan menggantungkan  tangannya keleher.... dan mengambil semua barang dagangannya... dia ditinggalkan dengan berlumuran darah...kemudian ada sekumpulan manusia menemuinya hal kedaan penuh dengan darah,,lalu dibawa balik oleh kumpulan manusia tadi ke rumahnya...apabila sampai dirumahnya..ramai saudaranya datang untuk melihat keadaanya.... dia berkata kepada saudaranya " Inilah balasan untuk aku... seandainya aku berikan 1 darham sahaja kepada ibuku dengan tangan aku ini.. tentulah tangan aku tidak dilukai seperti ini, dan harta dagangan aku tidak dirampas..."
Maka ibunya pun datang melihatnya... sambil berkata " wahai anakku...sesungguhnya aku berduka cita diatas apa yang berlaku keatas dirimu "...anaknya pun berkata " wahai ibu...semua ini adalah disebabkan dosa ku kepadamu...aku ingin memohon kerelaan mu ibu"....dengan pantas , ibu ini menjawab..." hai anakku..sesungguhnya aku telah redha kepadamu"...inilah hati seorang ibu,,,walaupun hatinya pernah terguris...dia tidak sanggup melihat anaknya sakit didepan matanya...apabila tiba waktu malam... tangan yang luka tadi telah sembuh kerana redha ibunya....

4 WAJAH AHLI SYURGA DAN 4 WAJAH AHLI NERAKA

" Sesungguhnya Allah telah menciptakan pada keturunan anak adam
lapan watak, dari lapan watak itu, empat watak bagi ahli syurga dan empat watak ahli neraka.....


1. wajah / muka yang berseri-seri
2. Ucapan yang fasih dan sopan
3. Hati yang taqwa kepada Allah
4. Tangan yang dermawan


1. wajah yang cemberut
2. ucapan yang kotor
3. hati yang keras
4. tangan yang kedekut


                                                                                                          rujukan : duratun nasihin

Isnin, 21 Oktober 2013

CARA MENGESAN PENYAKIT DENGAN TAPAK TANGAN


MAJLIS KEMBARA MAHABBAH AL MUSTOFFA


Pada 11/10/ 2013 pada hari jumaat malam sabtu, di masjid banggol peradong manir terengganu mengadakan majlis malam kembara mahabbah al mustoffa, tetamu istimewa di jemput daripada yaman ialah habib abdul rahman.
 tausiah daripada habib abdul Rahman

T.guru sofla daripada madrasah muhajirin bukit jong

kata-kata aluan yang disampaikan oleh t.guru syed suhaimi al -idrus


 
                                                   antara hadirin muslimin yang hadir

                                                                 hadirin muslimat

                                        zul haris khusyuk mendengar tausiah daripada habib

                                                            zul haris, muhaimin, yusuf
                                       bacaan selawat daripada kumpulan soutul muhibbin

                                      para hadhirin bersalaman dengan habib dan tuan guru

PONDOK BUSTANUL ARIFFIN BANTING SELANGOR











MADRASAH IBTIDA'I PONDOK BATU 22 1/2 JLN KUALA BERANG, HULU TERENGGANU


   








TOKOH ULAMA ALAM MELAYU


 
 

Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit. Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.



  Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh)




 kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah. Diantara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.


 Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut;


 ``Rasulullah dengan yang orang sahabi mereka sekalian, asa pada Dewata Mulia Raya; memberi hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma, meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini. Pebantu agama Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam - Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Pebantu itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara, berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.''


 Catatan yang terdapat pada batu itu tidak sekadar mengandungi pernyataan hukum-hakam seperti yang disebut dalam Al-Quran misalnya hukuman kesalahan zina iaitu direjam bagi yang telah berkahwin dan dipalu seratus kali sebatan bagi yang masih bujang tetapi turut meliputi bidang falak (astronomi). Unsur falak ditemui didalam catatan tersebut berdasarkan kepada frasa ``adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua''. Ramai pengkaji cuba menyelidik maksud frasa ini tetapi gagal sehinggalah seorang pemikir besar Islam dirantau ini berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Beliau ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa maksud frasa diatas ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu. Satu kajian menarik tentang perkara tersebut seperti yang dicatat oleh Nor Azam Mat Noor ialah kaitan frasa tersebut dengan peristiwa falak.



 SUMBER DARIPADA :ikantongkol09-tokoh.blogspot.com