Powered By Blogger

Khamis, 24 Oktober 2013

GANJARAN SOLAT JUMAAT


Diriwayatkan dalam sebuah khabar :
Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah menara dari bahan perak putih di samping Baitul Makmur, yang tingginya 500 tahun perjalanan.
Apabila tiba hari jumaat, maka Malaikat Jibrail a.s naik ke atas menara itu lalu azan, malaikat Israfil a.s naik ke atas mimbar lalu berkhutbahlah dan malaikat Mikail a.s mengimani para malaikat.
Apabila mereka telah selesai dari mengerjakan solat, maka malaikat Jibrail a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dengan sebab azan ini aku hadiahkan kepada semua orang yang menyeru orang-orang mukmin dari umat Muhammad s.a.w di permukaan bumi."
Malaikat Israfil a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dari khutbah ini, aku hadiahkan kepada semua khatib dari permukaan bumi dari umat Muhammmad s.a.w "
Dan malaikat Mikail a.s berkata " Pahala yang aku perolehi dari imamah ini, aku hadiahkan kepada semua orang yang mengerjakan solat Jumaat berjamaah di belakang imam "
Maka Allah Taala berfirman " Hai para malaikatku, apakah kamu semua menampakkan kedermawananmu kepada Ku ? Demi keperkasaan  Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya pada hari ini ( Jumaat ) aku telah mengampuni para hambaKu yang mengerjakan solat jumaat kerana ketaatannya kepada Ku dan kerana mengikut jejak kekasihku Muhammad."

                                                                                                            rujukan : Zubdatul Wa'izhin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan